Diari
Posted on Sunday, April 26, 2020 @ 4:55 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
Mulai hari ni, blog ni menjadi medium diari aku menulis bait-bait kisah hidupku bersama Dakwah dan Tarbiyyah.
Telah banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir 3 tahun ditarbiyyah. Bahkan, ketakutan aku yang pernah aku ungkapkan dahulu, menjadi kenyataan sekarang yang perlu aku hadapi. Dan hakikatnya, memang akan aku hadapi juga macam mana pun. Kerna hidup ini bukan hidupan di Syurga yang bisa bersenang lenang tidak punya ujian yang Allah uji. Ketakutan apa itu? Takut di-bash orang. Haha. Kena bash sebab buat kebaikan. Disebabkan kita mengajak kepada kebaikan, di-bash-nya kita, emm...aku. Pernah dulu taknak involve dengan apa-apa yang berkait dengan jadi seseorang yang buat amar makruf nahi mungkar. Aku pernah luahkan rasa aku yang ini kepada kawan aku, dan ada beberapa patah kata daripada dia yang membuat aku menyesal pulak aku cakap macam tu sebelumnya. Tak ingat dia cakap apa, tapi, ia sangat memberkas. Yang lebih kurang macam, kan benda tu benda baik, tak payah la nak elak-elak. Kalau dah dapat, terima je la. Something like that. Betul je apa yang dia cakap. And aku berterima kasih sangat pada dia yang mengucapkan kata-kata tu, Nak tahu apa? Huu~ Nak nangis... Nangis terharu. Sebab tu lah kot eh wujudnya liku-liku ni supaya feeling dengan ayat-ayat Al-Quran lagiiii meresap ke dalam hati. Sekian, hati yang sedih insyaAllah sedang kembali pulih. TARBIYYAH
Posted on Tuesday, September 24, 2019 @ 1:09 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
Another cita-cita
Posted on @ 12:23 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
BANGUN
Posted on Sunday, January 6, 2019 @ 8:34 PM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
Menzalimi diri sendiri.
Terlalu takut akan hasil; tugas Allah
Hingga melupakan ketakutan atas kelalaian kewajipan sendiri
Terlalu memikirkan beratnya tanggungjawab
Hingga melupakan indahnya keberhasilan pada suatu hari yang dijanjikan kelak
Tuhanku, kezaliman apakah yang telah aku timpakan ke atas diriku sendiri ini?
Penat sudah aliran air mata dikerahkan
Penat sudah hati merasakan kesesakan
Penat sudah wajah kemerahan
Mengapa tega melukakan diri sendiri?
Mengapa teganya diri melupakan janji-janji dan ayat-ayat cinta-Nya?
Ke mana hilangnya keyakinan yang dibina itu?
Ke mana hilangnya keteguhan yang dipacakkan itu?
Ke mana hilangnya cita yang diazamkan itu?
Mengapa diri hanya mementingkan tangisan mata hati sendiri
Namun, membiarkan tangisan ummah yang tidak henti-henti memanggil dan mengharapkan hasil pentarbiyyahan diri yang bakal menyelamatkan mereka nanti?
Fuzah,
Andai punya masa kau terjatuh,
Usah lama berduduk memikirkan malangnya nasib
Usah lama tertunduk menghakimi kelemahan hati dan jasadi
Seberapa lama kau mahu tetap berduduk-duduk?
Bangunlah membela diri
Bangunlah membela ummah ini
Bangunlah, hancurkan kebathilan ini
Bangunlah, menepis hasutan iblis si musuh abadi
Masa tidak pernah menunggu kamu
Masa tidak pernah memberi belas kasihan mengembalikan dirinya semata untuk kamu
Sudah berapa lama kau tertunduk bisu?
Mahukah begitu hingga tamat tempohnya?
Fuzah,
Lupakah akan janji-janji Allah?
Lupakah akan kisah-kisah perjuangan terdahulu?
Lupakah akan cita-cita Syurga kamu?
Lupakah kamu, bahwa semua ini adalah tarbiyyah daripada Allah untuk kamu?
.
.
.
.
.
Menangislah semahumu
Sebaik sahaja air mata dikesat, jalankan tugasmu.
Hingga selesai.
LELAH?
Posted on Friday, November 16, 2018 @ 11:23 AM < 0 tomodachi >
Bismillahirahmanirahim
Assalamu'alaikum
Terasa punya satu perasaan
Tetapi tak tahu bagaimana mahu dinyatakan perasaan itu sebenarnya.
Berat?
Fed up?
Despair?
Down?
Xlarat?
Dah malas?
Mungkin penat?
Lelah, barangkali?
Jauh di sudut hati cuba menafikan semua itu.
Tetapi ada bagian daripada hati yang mengiyakan.
Mengiyakan bahwa, ia pernah berlaku.
Mungkin benar, ada saja rasa mahu berhenti.
Stop a while, to take a breath.
Masalahnya, mahu berhenti sekejap, selama ni berlari tak hentikah?
Tak jugak. Rasa macam berjalan ja selama ni.
Terus, untuk apa mahu berhenti untuk bernafas?
Tercungap saja tidak.
Apa sebenarnya yang kau rasakan lelah itu?
Mungkin lelah menjaga orang di sekeliling?
Namun, ada satu malam..
Yang memujuk hati sendiri.
Malam itu sebenarnya sedang mentanasuh usrahmate sendiri..
"He believes you can.
That's why He chose you at the first place.
And still choosing you till now.."
Lantas, dia menangis.
"Bila rasa susah, ingatlah kisah Musa a.s mendakwahi Firaun.
Segagap Musa, mendakwahi sejahat Firaun.
Hakikatnya susah. Tapi Allah berserta kita, kan?
Memang akan ada one day, kita akan rasa umpama bumi menghempap kita. Tetapi disebabkan kebersamaan Allah dengan tugasan-tugasan dakwah kita, kita tetap terus kukuh berdiri. Tak lesu. Tak jatuh."
Dia berikan respons positif.
Lega di hati. Namun, aku juga turut bergenang air mata.
Umpamanya aku sedang bercakap dengan diri sendiri yang sedang lelah.
Aku tersenyum sendiri.
Hakikatnya, kata-kata aku tadi, diilhamkan daripada Allah.
Sedang kata-kataku mentanasuh diriku sendiri.
Kita umpama bayi
yang sedang mengambil langkah pertama untuk berdiri, berjalan.
Kadang ia terjatuh, menangis.
Tapi ia bangun semula,
untuk berdiri semula,
untuk berjalan semula.
Hingga ia mahir, tidak jatuh lagi.
Hingga ia mahir, lantas berlari pula.
Kita, seperti itu..kan?
Jangan berhenti.
|